Produk Nu~Cell |
Kelebihan Nu~Cell |
Kebaikan Nu~Cell |
Soalan :-
Adakah Nucell
memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan?
Jawapan :-
Tidak, Nucell adalah
produk di bawah Bahagian Kawalan Mutu Makanan
Soalan :-
Apakah perbezaan
Nucell dengan produk-produk kecantikan (pemakanan) yang lain?
Jawapan :-
1) Formulasi Nucell
bukan sahaja untuk kesan kecantikan dan awet muda tetapi ianya juga sangat baik
untuk membina kesihatan dan membantu merawat penyakit
2) Komponen-komponen
marin Nucell adalah murni dan segar. Ini dapat mengekalkan kesan alahan dan
kesan kerumitan.
3) Potensi rumusan
Nucell adalah 4 kali lebih berkuasa dari produk yang terkenal dan termahal di
pasaran Malaysia.
4) Anda hanya perlu
makan Nucell sekali sehari sahaja.
5) Nucell lebih cepat
bertindak - pengguna akan mula merasa kesan kebaikan dalam tempoh beberapa hari
sahaja.
6) Nucell cepat
berkesan kerana sifat mudah hadam bahan aktifnya.
7) Membantu supaya
otot-otot jadi kurang lapisan lemak - cepatkan sintesis protein dan lengahkan
katabolisma protein (pecahan protein).
Soalan :-
Kenapa Nucell di dalam
sachet (kristal) dan tidak berbentuk pil atau kapsul dll?
Jawapan :-
Nucell adalah
berbentuk kristal halus. Ia dibuat sedemikian rupa supaya mencapai penyerapan
segera yang lebih cekap dan cepat.
Soalan :-
Adalah Nucell dibuat
untuk kaum wanita sahaja?
Jawapan :-
Tidak, ia adalah
makanan berfungsi dibuat untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak.
Soalan :-
Apabila memakan
Nucell, bolehkah seseorang mengambil makanan tambahan, vitamin, ubat-ubatan
hospital, alopathy, ubat tradisional, ubat homeopathy atau lain-lain ubat
alternatif?
Jawapan :-
Nucell adalah makanan
yang bermutu. Anda boleh ambil sebarang ubat-ubatan, makanan tambahan atau
vitamin bersama dengan Nucell. Nucell akan bertindak mengoptimakan keberkesanan
tindakbalas ubat-ubatan dan makanan lain yang dimakan.
Soalan :-
Adakah Nucell sesuai
untuk WANITA HAMIL?
Jawapan :-
Kajian telah
membuktikan bahawa wanita hamil hanya perlukan makanan biasa. Makanan tambahan
dan juga ubatan biasa jika boleh dielak adalah lebih baik. Formulasi Nucell
memungkinkan tubuh akan merasa sedikit panas, di mana mungkin ianya tidak
sesuai bagi sebahagian wanita hamil , TERUTAMA DI AWAL KEHAMILAN.
Soalan :-
Bolehkan Nucell
dimakan oleh kanak-kanak?
Jawapan :-
Boleh. Nucell adalah
selamat untuk kanak-kanak. Untuk kecederaan, luka, asma, lelah dan anak yang
selalu berpenyakit boleh diberi Nucell. Orang dewasa dan juga kanak-kanak yang
ada masalah jantung adalah sangat baik diberi makan untuk mengatasi beberapa
jenis kekurangan jantung. Untuk kanak-kanak cuma berikan 1/4 - 1/2 sachet
sehari. Jika susah makan, campurkan dengan jem atau jus dalam sudu kemudian
minum secawan air.
Soalan :-
Nucell adalah makanan
sumber yang kaya dengan marin (laut), adakah ianya akan menyebabkan alahan?
Jawapan :-
Daripada ujian dan
maklumbalas adalah dianggap bahawa Nucell mungkin akan menyebabkan sedikit
alahan kepada pengguna yang terlalu sensitif kepada makanan laut.
Walaubagaimanapun, ramai pengguna yang mempunyai masalah alahan telah pulih
setelah mengamalkan Nucell. Pada peringkat permulaan, mungkin terdapat sedikit
tindakbalas (gatal-gatal) akan berlaku. Jangan berhenti makan Nucell. Amalkan
makan lebih buah dan sayuran dan lebihkan minum air setiap hari, 8-12 gelas
besar sehari dan jerawat akan hilang.
Soalan :-
Adalah akan berlaku
kesan sampingan setelah memakan Nucell?
Jawapan :-
Tidak. Penggunaan
Nucell memungkinkan berlakunya "healing crisis" atau kesan
tindakbalas sebagai sebahagian dari proses perawatan dan penyembuhan pada kes
dan keadaan tertentu. Jika anda mengalami keadaan di mana penyakit lama muncul
kembali atau yang sedang dialami menjadi lebih sakit sedikit dan perubahan
kepada fizikal tertentu, diharap jangan panik. Ianya merupakan kesan
"healing crisis" yang bersifat sementara waktu. Ianya berlaku adalah
kerana segala jenis racun/toksid dari badan dikeluarkan dan setiap kali Nucell
bertindak ke atas sesuatu penyakit juga akan memungkinkan berlakunya kesan
"healing crisis". Oleh kerana itu, "healing crisis" mungkin
akan berlaku beberapa kali pada seseorang itu (bergantung kepada penyakit
seseorang).
Soalan :-
Apakah kesan tindakbalas
pemulihan yang selalu dialami oleh pengamal Nucell?
Jawapan :-
Antara kesan
tindakbalas pemulihan kemungkinan dialami oleh pengamal Nucell adalah di
antaranya :-
- Rasa mengantuk,
sedikit keletihan, pening-pening, sedikit menggigil serta sedikit rasa
sakit-sakit di bahagian-bahagian tertentu (selalunya pada organ yang pernah
bermasalah atau sedang mengalami masalah). Kepada sebilangan orang yang
berdarah kotor (tidak buang air besar), kemungkinan jerawat akan terjadi
selepas beberapa hari.
-Jika berlaku keadaan
seperti ini, diharap jangan panik. Ianya bukan kesan sampingan. Ia merupakan
satu tindakbalas positif bagi tempoh sementara waktu sahaja. Teruskan makan
Nucell dan minum air secukupnya.
Soalan :-
Adakah Nucell lebih
mahal jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran?
Jawapan :-
Tidak. Ianya lebih
berkhasiat dari jenama yang paling terkenal di pasaran antarabangsa. Kerana
mutu dan khasiatnya, ia terkenal untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam dan
luar maka ianya amat menjimatkan.
Soalan :-
Apakah cara yang
terbaik untuk makan Nucell?
Jawapan :-
Cara yang paling
sempurna adalah dimakan semasa perut masih kosong pada awal pagi. Tuangkan
Kristal NuAge ke dalam mulut (atau lidah) dan minum segelas air suam atau air
jus 30 minit selepas pengambilan Nucell.
Dewasa (14 tahun ke
atas) - 1 sachet sekali sehari
Kanak-kanak (12-14
tahun) - 1/2 sachet sekali sehari
Kanak-kanak (3 - 12
tahun) - 1/3 sachet sekali sehari
Kanak-kanak (kurang
dari 3 tahun) - 1/4 sachet sekali sehari
No comments:
Post a Comment